BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

mari exercise!!

mari exercise!!

If you look inside a girl's heart

you'd sees how much she really cries,

you'll find secrets hidden, best friends, and lies,

but what you'll see the most is how hard it is

to stay strong when nothing's right

and everything's wrong.


[ unknown ]

Friday, August 28, 2009

...kerja...

yesterday, ade dapat surat panggilan temuduga untuk Pegawai Perancang Bandar di JPBD, jalan cenderasari... tapi tawaran untuk kontrak aje lah... so, aku tak tau la kontrak untuk bape lame..

raser macam tak mau pegi je interview tuh.. ramai kawan2 aku yang dapat.. tp.. tak tau la kan.. aku dapat ke tak ker? biarlah.. aku malas laa nak cuba nasib.. aku selesa jadi cikgu.. biar aku jadi cikgu jer laa eh.. gaji mmg la pegawai perancang lagi tinggi sket.. tp, ample time yang aku dapat sekarang... jadi cikgu aku boleh buat tusyen.. tambah duit kan.. kalau jadi pegawai perancang tuh plak kang... nak kene adapt suasana baru, work environment baru.. macam malas jer... ehhehee...


aku nekad lah.. aku nak trus jadi cikgu jer.. biarlah gstt pon.. aku rasa selesa ngan cikgu2 nih... susah jadi cikgu sebenarnya.. especially time nak exam.. time budak2 yang nakal2 tuh keluar tanduk.. tapi, aku lagi rela face all this daripada kene duduk opis sampai 10 mlm atau 3 pagi.. dengan tiada O.T.. bila lambat dtg kene potong gaji lagi.. ahahahaha
aku tak nak!!!!!!

tapi, keje gomen mesti lain suasananya kan.. tapi.. tak ape lah.. tak nak lah aku... eheheheh


Let sorrowful longing dwell in your heart.

Never give up, never lose hope.

ALLAH says, " The broken ones are my beloved "

Crush your heart. Be broken.

[ Shaikh Abu Saeed Abil Kheir ]



Thursday, August 27, 2009

selamat menunaikan puasa!!!

hari nih dah masuk hari ke-6 umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.. rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa yer semua.. lama sangat tak update.. am shortage of creativity nowadays.. ahaha..

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat puasa Ramadhan

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Jadi.. kepada semua kawan2... selamat berpuasa yer....
jangan sampai rasa nak mati macam bear nih udah la..

Saturday, August 8, 2009

aku yang terleka..

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

(Demi Masa - Raihan)

aku sentiasa terleka dengan hidup nih.. sentiasa muncul sahaja perkara yang membuat kita berfikir, kita sudah cukup besar dan cukup puas menikmati hidup.. tapi seringkali kita terlupa kita hanya manusia biasa..

setiap kali aku terasa seperti aku dilanda masalah yang sepertinya aku tidak boleh kawal lagi.. sentiasa aku memandang mereka yang jauh lebih payah menanggung derita.. namun acap kali, hati menewaskan pemikiran yang seboleh-bolehnya ingin menjadi sewarasnya manusia.. warasnya seorang muslim..


just try to be true and try to appreciate everything that is happening in your life.. everything that surrounds u now.. for u, it might look like hell.. it might smell like hell.. but for others, whose more unlucky, this life has always been a fortune.. has always been great and vivacious.. why? when? will i be enjoying this life ti the fullest? rejoicing all the goodness, all the happiness that the world have to offer me...


Well, life is all about forgiveness and acceptance. We need to accept things in life and forgive things that run through our life. Yep... it is not easy but that the reality of what we must do in this life… hanya insan yang sempurna dapat memberi kemaafan kepada yang memerlukan.. Jadi macam mane dengan orang yang kurang sempurna? Perlu ke sentiasa hidup di selubungi dosa? May we always be blessed by Yang Maha ESA…



Manusia yang selalu bercakap soal perasaan, sebenarnya manusia yang paling susah untuk meluah perasaan. Seringkali keagungan rasanya tersimpan jauh di dalam. Maka, bila dia meluahkannya, siapa yang menerimanya, harus menyimpannya dalam hati sampai bila-bila...


Many of us stay walled because we are afraid of being hurt. We are afraid to care too much for fear that the other person does not care at all.

[ Anna Eleanor Roosevelt ]

Seorang yang berjaya, Seorang yang gagal.

Seorang yang berjaya, Seorang yang gagal.

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan